spot_img
HomeEkonomiTanggapan golongan B40 dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di Sabah

Tanggapan golongan B40 dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di Sabah

KOTA KINABALU: Semenjak negeri Sabah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuatkuasa pada bulan Disember 2021, ekonomi rakyat semakin pulih walaupun sesetengah individu masih struggle mencari kehidupan yang baik.

Menerusi Laporan Pelan Pemulihan Negara (PPN), negara yang telah beralih ke fasa 4, membenarkan kebanyakan sektor untuk beroperasi tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP penjarakan sosial dan had kapasiti.

Perhimpunan sosial yang berskala besar dibenarkan dengan tertakluk kepada had kapasiti 50% dan perniagaan dibenarkan beroperasi pada kapasiti maksimum selain pergerakan rentas negeri juga akan dibenarkan.

Fasa 4 akan melihat kadar jangkitan dapat dibendung dengan kurang daripada 500 kes baharu sehari, kapasiti ICU pada paras sederhana dan lebih 60% populasi yang layak telah menerima vaksin lengkap.

Berikutan dengan peralihan Sabah ke fasa 4 telah memberi impak yang baik kepada masyarakat di Sabah terutamanya golongan B40 yang sangat terkesan ekonominya berikutan dengan penyebaran virus covid-19.

“Menurut Ruzainah Jonaidi, 35, bekerja sebagai kerani dan merupakan golongan B40 mengatakan, adanya peralihan fasa 4 di Sabah telah membantu ekonominya beransur baik ekoran dibenarkan untuk bekerja semula mengikut peratusan pekerja yang telah lengkap divaksin.

“Dengan adanya kebenaran untuk merentas negeri dan melakukan aktiviti sukan juga membolehkan saya untuk melakukan sukan yang diminati bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa rasa takut. Bukan itu sahaja, saya juga dapat bertemu dengan keluarga yang sudah lama tidak bertemu dan berada jauh,” tambahnya.

Kerajaan Sabah juga telah menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat terutamanya kepada golongan miskin dan mudah terjejas ketika pandemik covid-19 melanda. Pihak swasta, badan bukan kerajaan dan pemegang taruh lain juga mempunyai peranan penting dalam menyokong kerajaan demi memastikan tiada individu yang terpinggir dalam agenda pembangunan nasional.

Menurut Jonaidi Bin Mastari, 40, bekerja sebagai buruh kasar berpendapat bahawa beliau sangat terkesan dengan penyebaran covid-19. Hal ini kerana, pendapatannya hanya bergantung kepada pekerjaannya.

Berikutan dengan kawalan ketat yang berlaku di Sabah ketika itu, menyebabkan dia kehilangan pendapatan. Namun, serba sedikit pihak kerajaan membantu beliau dengan memberikan beberapa bantuan seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Dengan adanya bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban beliau.

“Peralihan ke fasa 4 saya dapat kembali bekerja seperti biasa. Kelonggaran untuk melakukan pelbagai aktiviti juga dapat membawa ahli keluarganya berjalan-jalan dan beriadah,” tambahnya.

Selepas memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), apa yang penting kini adalah pematuhan terhadap SOP dan perlu wujud kesedaran untuk rakyat agar terus menjaga diri, menjaga keluarga, menjaga komuniti dan seterusnya menjaga negeri dan negara dari cengkaman virus covid-19.

Penulis: Ruzerayati Binti Aling

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular