KOTA KINABALU: Berita bayi lima bulan terkena air panas di Kampung Tanjung Aru Lama mendapat perhatian oleh Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Tanjung Aru dalam program Ziarah Prihatin.
Menurut PPM Tanjung Aru, Reduan Aklee, bayi lima bulan anak kepada Puan Syahirah Malai Damit melecur ditangan dan badan akibat terkena air panas. Bayi ini telah mendapat rawatan selanjutnya di Hospital Kanak-kanak Likas.
“Kami memberi sedikit sumbangan kewangan dan keperluan asas kepada keluarga Syahirah. Sedikit sebanyak dapat membantu kos perubatan dan pengangkutan beliau ke Hospital Likas mendapat rawatan untuk anaknya,” katanya.

Beliau juga berpesan kepada masyarakat khasnya kawasan Tanjung Aru sentiasa berwaspada dan berhati-hati di musim hujan dan banjir ini.
“Jika ada berlaku sebarang musibah sila maklumkan kepada kepimpinan kampung seperti JPKK dan Ketua Kampung untuk tindakan segera diambi,” katanya ketika ditemui ketika beliau menziarahi Ketua Kampung Tanjung Aru Baru, Encik Jemin.
Encik Jemin baru sahaja keluar dari hospital akibat komplikasi jantung.
“Saya doakan Pakcik Jemin Akan kembali sihat seperti sediakala,”katanya.