spot_img
HomeSemasaBeruang matahari mati dilanggar kereta

Beruang matahari mati dilanggar kereta

Kuala Pilah: Seekor beruang matahari seberat 85 kilogram mati dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul malam semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.45 malam dan sampai ke lokasi setengah jam kemudian.

Dilaporkan tiga sekawan beruang itu melintas di laluan jalan raya sebelum seekor daripadanya mati selepas sebuah kereta dipercayai gagal mengelak binatang berkenaan.

“Sebaik sampai di lokasi, pihak kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Volkswagen yang cuba mengelak haiwan sekawan itu”

“Kenderaan terbabit kemek di bahagian hadapan. Hasil maklumat orang awam, terdapat tiga beruang berkeliaran di lokasi kejadian dan seekor daripadanya mati dipercayai dilanggar”

Pengarah Perhilitan negeri, Nurul Erni Ramli berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati beruang jantan dewasa itu mati akibat kecederaan selepas dilanggar kereta.

Tambah Nurul, lokasi kemalangan sememangnya antara kawasan habibat haiwan berkenaan, maka beliau berharap agar orang ramai yang memandu di kawasan itu berhati-hati terutamanya pada malam hari.

Sementara itu, dilaporkan tiada sebarang kecederaan membabitkan pemandu mahupun penumpang kenderaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular