spot_img
HomeSukanJohnny Dominicus sasar juara kumpulan Piala Belia 2022

Johnny Dominicus sasar juara kumpulan Piala Belia 2022

KOTA KINABALU: Johnny Dominicus, jurulatih skuad bola sepak bawah 21 Sabah menyatakan sasaran sekurang-kurangnya menjadi juara kumpulan untuk tahun 2022 yang dijangka akan bermula pada 23 Februari tahun hadapan.

Katanya, sebelum ini, terdapat kekangan akibat masalah pandemik Covid-19, sekaligus menyebabkan  Liga Piala Belia dua musim berturut-turut ditunda.

Menurut Johnny, kejohanan bola sepak bawah 18 tahun Piala Datuk Seri Bung Moktar (Piala BMR) melibatkan 5 Zon utama menjadi medan pemilihan pemain bagi skuad Piala Presiden dan Piala Belia negeri musim hadapan.

“Hasil kejohanan bola sepak bawah 18 tahun Piala BMR itu telah dimenangi pasukan dari Tenom yang terikat 0-0 dengan pasukan dari Sipitang. Penentuan sepakan penalti dan akhirnya berpihak kepada pasukan Tenom,” katanya.

Panel pemilih termasuk penolong jurulatih, Bobby Gonzales serta Rozaimie Rohim selaku jurulatih penjaga gol.

Menurut Johnny juga, 10 orang panel juri terlibat dalam pemilihan pemain dan 5 orang panel juri telah memilih pemain yang sama iaitu seramai 40 orang pemain.

“Untuk sesi pemilihan akhir seramai 30 pemain yang telah berjaya memikat panel juri sekali gus terpilih untuk menyertai pasukan Sabah dalam Kejohanan Piala Belia bagi tahun 2022,” katanya.

Kesempatan itu, Johnny menzahirkan hasrat untuk membawa pasukan tersebut dan menyasarkan tempat sebagai juara kumpulan sekali gus dapat meningkatkan prestasi para pemain untuk bersaing dalam mengejar Kejuaraan Piala Belia kelak.

Penulis: Ahmad Azri Harith Rosdi

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular