LAHAD DATU: Kebakaran di Kampung Pisang Lahad Datu yang memusnahkan dua buah rumah dan dua lagi 10 peratus terbakar mendapat perhatian UMNO Bahagian Lahad Datu.
Zuraidah Asdain, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu ketika ditemui berkongsi rasa sedih dengan musibah kebakaran yang menimpa 17 orang mangsa kesemuanya.
“UMNO Bahagian Lahad Datu, diketuai Mejar Khalid Harun menghulurkan bantuan kewangan, keperluan makanan, tilam, tikar dan sedikit peralatan memasak bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,” katanya.
Turut bersama dalam lawatan tersebut, PPM Tungku merangkap bendahari UMNO Bahagian Lahad Datu, Momen Anghai, Ketua Bahagian STAR Kunak dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Lahad Datu.
“Memandangkan tapak rumah adalah tanah milik individu luar, adalah sukar untuk bantu mendirikan semula rumah mangsa”
“Namun sekiranya ada tanah keluarga atau tapak lain, UMNO Lahad Datu cuba membantu memohon peruntukan bina semula dan merujuk terlebih dahulu kepada Pegawai Daerah mengikut kesesuaian,” tambahnya.

Selepas lawatan kepada mangsa kebakaran, UMNO Bahagian Lahad Datu meneruskan program kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Lahad Datu, Dr. Mohd Ayub Yakub.
Dalam pertemuan itu, UMNO Bahagian Lahad Datu menyampaikan hasrat keterbukaan dan keterlibatan bekerjasama dalam apa jua hasrat pentadbiran daerah demi membawa hala tuju pembangunan daerah khususnya dalam parlimen Lahad Datu.
“Ketua UMNO Bahagian menyampaikan juga hasrat untuk keluarga mangsa kebakaran agar dibantu membina semula rumah-rumah yang hangus terbakar,” katanya.


