spot_img
HomeDuniaKapal persiaran Hong Kong diarah berpatah balik

Kapal persiaran Hong Kong diarah berpatah balik

HONG KONG: Sebuah kapal persiaran yang membawa seramai 3,700 penumpang diarah berpatah balik ke pelabuhan selepas sembilan orang daripada penumpang disahkan sebagai kontak rapat COVID-19.

Arahan untuk berpatah balik dibuat oleh pihak berkuasa kesihatan hari ini selepas beberapa penumpang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kes COVID-19 berada dalam kapal yang belayar sejak Ahad lalu.

Keseluruhan penumpang yang berjumlah 2,500 orang dan 1,200 kru diwajibkan untuk menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum kapal berkenaan dibenarkan belayar semula ke perairan antarabangsa.

Bahagian meja, kerusi dan ruang dewan ditutup buat sementara waktu dan kesemua penumpang dan kru diberikan gelang bagi mengesan pergerakan penumpang di dalam kapal.

Sementara itu, pakar mikrobiologi, Yuen Kwok-yung, memberi amaran bahawa jangkitan ini sudah menular di bandar itu.

“Gelombang kelima juga dijangka bakal berlaku,” tambah beliau.

Peraturan ketat yang dilaksanakan di Hong Kong setakat ini dilihat telah berhasil mengekang penularan virus itu dengan hanya merekodkan sebanyak 12,000 kes positif dan 213 kematian sejak pandemik itu melanda.

Bagaimanapun, penularan COVID-19 menyebabkan perniagaan yang dikenali sebagai ‘Asia World City’ terputus hubungan dengan semua negara termasuk tanah besar China.

Hong Kong setakat ini merekodkan sebanyak 114 kes Omicron dengan majoriti daripadanya dikesan di lapangan terbang atau ketika menjalani tempoh kuarantin wajib selama 21 hari ketika tiba di bandar raya berkenaan. Pelbagai usaha akan digiatkan oleh pihak berwajib bagi mengekang penularan wabak ini demi kebaikan semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular