spot_img
HomeSemasaLelaki warga emas hilang, ditemui mati dalam longkang

Lelaki warga emas hilang, ditemui mati dalam longkang

TAWAU: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas beberapa hari lalu berakhir apabila ditemui meninggal dunia susulan penemuan mayat dalam longkang berhampiran sebuah kilang kayu di Logpond, Tanjung Batu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, sebaik sahaja menerima laporan dari orang awam berhubung dengan penemuan mayat terbabit, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 10.45 pagi.

“Siasatan awal mendapati keadaan mayat telah kembung dan dipercayai meninggal dunia beberapa hari yang lalu,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Suheizan Sahak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan 5 orang anggota bagi membantu mengeluarkan mayat tersebut yang tersekat dalam longkang.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Tawau bagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan untuk bedah siasat,” ujarnya.

Sementara itu, proses pengecaman mayat turut dilakukan rentetan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berhubung kehilangan suaminya pada 28 Disember lalu.

Pemeriksaan akhir di sekitar kawasan tersebut dilakukan oleh pasukan bomba sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.33 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular