AHMEDABAD: Seramai enam orang pekerja kilang percetakan di India dilaporkan maut, manakala 30 orang lagi pekerja dimasukkan ke hospital selepas terhidu gas toksid yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kimia secara haram.
Ketua Pegawai bomba Surat Municipal Corporation, Basant Pareek, berkata kejadian berlaku pada jam 4 pagi ketika para pekerja berada dalam kilang dan sisa kimia terbabit dibuang di anak sungai berhampiran kawasan kilang.
“Sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam anak sungai dari sebuah lori tangki yang kemudian bertindak balas dengan bahan kimia lain sehingga menghasilkan gas toksid.” jelasnya.
Pekerja yang berada dalam kilang terhidu bau gas berkenaan sehingga mengalami kesukaran untuk bernafas. Sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian, pekerja terbabit ditemui terbaring atas jalan ketika cuba menyelamatkan diri,” tambah beliau.
Pareek berkata, enam pekerja disahkan meninggal dunia manakala 23 lagi pekerja yang lain segera dikejarkan ke hospital di mana tujuh daripadanya berada dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, pegawai kanan polis, Sharad Singhal, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat.
“Kejadian ini berlalu bukan disebabkan kemalangan akibat kebocoran gas sebaliknya ianya berlaku disebabkan oleh sisa kimia berbahaya yang dibuang secara haram,” jelas Sharad.
Dengan itu, siasatan akan dijalankan dengan kadar segera bagi mengenalpasti individu yang bertangungjawab ke atas kejadian tersebut.


