spot_img
HomeJenayahPolis lengkapkan kertas siasatan kes buli di MRSM Kuala Kangsar

Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli di MRSM Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Pihak polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang tular di media sosial bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaakob, berkata kertas siasatan kes itu telah dilengkapkan pada 17 Disember, sebelum diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Perak untuk tindakan seterusnya dua hari lalu.

“Kes membabitkan 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar ini selesai disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jadi sekarang ia di bawah pihak Pendakwa Raya,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah, hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan polis telah mengambil keterangan daripada sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang yang berusia 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam satu kes buli.

Kes buli tersebut mula mendapat perhatian susulan penularan video berdurasi 10 saat di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung dan ditumbuk di bahagian perut oleh sekumpulan pelajar di dalam sebuah bilik asrama. – Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular