spot_img
HomeSemasaElaun RM800 sebulan, lebih baik kerja MacDonald - Rayzam Shah

Elaun RM800 sebulan, lebih baik kerja MacDonald – Rayzam Shah

PETALING JAYA: Tular satu isu apabila seorang Atlet kebangsaan sepenuh masa lari berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian meluahkan rasa kesal elaun bulanannya dipotong oleh Majlis Sukan Negara (MSN) daripada RM2000 kepada RM800.

Selain menggugurkan seramai 144 atlet daripada program Latihan Kebangsaan kerana bajet yang diterima oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dikurangkan, Rayzam Shah pula menjadi salah seorang atlet yang terkesan dengan pemotongan elaun bulanan.

Pemenang pingat emas 110 meter lari berpagar pada Sukan SEA 2007 dan 2017 berkata, dengan status sebagai seorang atlet kebangsaan sepenuh masa bergantung kepada elaunan bulanan adalah amat mustahil untuk dirinya mahupun atlet lain ‘hidup’ dengan pendapatan RM800 sebulan.

Tambahan pula Rayzam Shah sudah memiliki keluarga. Tanggungan rumah, elektrik dan anak sudah pasti tidak mencukupi  hanya dengan RM800 sebulan yang mana bagi beliau merupakan penurunan yang terlalu drastik.

“Kalau RM1500 tak apa lagi, tapi kalau sudah jatuh sehingga RM800 sebulan, saya terfikir-fikir mungkin adalah lebih baik kerja lain sahaja yang boleh beri gaji lumayan. Lebih baik kerja MacDonald,” katanya dalam sidang utusan Malaysia.

Rayzam Shah, pelari 110 yang menerima pingat perak dalam Sukan SEA 2019 berharap pihak MSN dapat menilai elaun bulannya dengan lebih telus kerana dirinya telah berbakti kepada negara lebih 15 tahun.

Rayzam mengemukakan pendapatnya dengan mengatakan bahawa MSN tidak wajar menilai pencapaian para atlet hanya berdasarkan pingat emas semata-mata, bukan prestasi tahunan bahkan rangking di Asia.

“Saya harap MSN memiliki budi bicara untuk mempertimbangkan semula pemotongan elaun ini kerana ramai atlet yang berjaya mengekalkan prestasi meskipun tanpa pingat emas.” Tambah atlet berusia 34 tahun itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular