NICOSIA: Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis mendakwa telah menemukan varian terbaru COVID-19, Deltacron gabungan varian Delta dan Omicron.
Menurut laporan Bloomberg, penemuan varian Deltacron adalah hasil pengenalpastian tanda genetik yang jelas seperti Omicron yang terdapat di dalam genom Delta.
Para saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi turut memberi laporan bahawa terdapat dua jenis symptom berbeza telah ditunjukkan oleh 25 pesakit yang terkena jangkitan varian Deltacron tersebut.
Menurut Kostrikis, barisan sainstis masih lagi meneliti penemuan varian baharu ini sama ada ia lebih mudah berjangkit atau tidak berbanding varian yang sedia ada.
“Kita akan lihat pada masa hadapan sekiranya strain itu lebih patologi, menular atau ia mampu mengatasi Delta dan Omicron,” katanya.