spot_img
HomeDuniaLetupan bom dalam bas di Mindanao, tujuh terkorban

Letupan bom dalam bas di Mindanao, tujuh terkorban

COTABATO: Letupan bom dalam sebuah bas awam di selatan Filipina mengorbankan tujuh mangsa dimana seorang kanak-kanak maut, manakala enam lagi cedera. Sehingga kini, masih tiada individu yang bertanggungjawab mengaku punca insiden itu.

Polis berkata, letupan berlaku ketika bas berkenaan melalui lebuh raya berhampiran Cotabato City di Pulau Mindanao.

Bom itu juga dipercayai diletakkan di dalam bas pada bahagian belakang, tempat ramai penumpang duduk.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam letupan tersebut,” kata Ketua Polis Bandar Aleosan, Sarja Randy Hampac.

Mangsa yang cedera melibatkan 4 mangsa dewasa termasuk seorang bayi berusia lima bulan dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Laporan polis menyatakan, seorang daripada mangsa melihat seorang penumpang lelaki meninggalkan ‘bagasi’ di dalam bas apabila dia turun yang kemudiannya meletup.

“Ia adalah kejadian pertama yang berlaku di bandar ini. Pada tahun sebelum ini, insiden pengeboman menara telekomunikasi pernah berlaku, tetapi insiden letupan dalam bas ini adalah kali pertama,” kata Hampac.

Jurucakap tentera wilayah, Leftenan Kolonel John Baldomar berkata, masih tiada individu yang mengaku melakukan ‘serangan yang tidak disangka’ itu.

Serangan ke atas bas, gereja katolik dan pasar awam adalah perkara biasa di wilayah itu akinat daripada pergolakan yang telah berlaku selama beberapa dekad di rantau ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular