spot_img
HomeEkonomi97% rakyat mahu pengeluaran i-Citra RM10,000 – Pemuda Umno

97% rakyat mahu pengeluaran i-Citra RM10,000 – Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Berdasarkan kajian awam yang dijalankan oleh Pemuda Umno, sebanyak 97.12% atau 21,458 rakyat desak kerajaan untuk meluluskan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra berjumlah RM10,000 secara one-off.

Exco Pemuda Umno, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata, kajian yang dilakukan secara maya yang melibatkan seramai 21,763 orang itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob secepat mungkin.

Menurut Azril, kajian awam yang dilakukan membuktikan rakyat memang sangat memerlukan pengeluaran i-Citra RM10,000 tersebut.

“Kita bukan buat secara rawak. Dapat sampel akan buat mesyuarat kumpulan bersama Biro Penyelidik Pemuda Umno,” katanya dalam sidang media di Menara Datuk Onn.

Azril berkata, kajian awam seramai 18,777 orang melayu mahukan pengeluaran i-Citra manakala selebihnya terdiri daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina, India dan lain-lain.

“Dapatan kajian juga turut menunjukkan golongan berumur 50 tahun ke bawah memerlukan i-Citra, dengan seramai 10,698 membabitkan mereka yang berumur antara 35 hingga 44 tahun menyokong pengeluaran i-Citra.

“Antara alasan yang dinyatakan untuk menyokong pengeluaran i-Citra adalah seperti kelangsungan diri dan keluarga, terkesan dengan banjir, membaiki rumah yang rosak akibat banjir, membayar hutang-hutang yang tertunggak ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) serta persediaan membeli buku dan keperluan sekolah anak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, hasil kajian akan dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno – FMT

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular