spot_img
HomeUncategorizedElaun atlet RM800 akhirnya dinaikkan semula

Elaun atlet RM800 akhirnya dinaikkan semula

PETALING JAYA: Selepas tular isu pemotongan elaun sebelum ini, atlet Kebangsaan Malaysia akhirnya menarik nafas lega apabila elaun latihan bagi pemegang pingat perak dan gangsa Sukan SEA dinaikkan semula.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan khabar gembira tersebut semasa majlis perhimpunan atlet dan jurulatih di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengarahkan MSN segera melakukan penambahbaikan kadar elaun kepada atlet-atlet yang terpilih mengikuti program latihan sepenuh masa.

“Elaun latihan pemegang pingat perak dan gangsa yang dahulu hanya RM800 sebulan, kini menerima RM1,500 (pingat perak) dan RM1,000 (pingat gangsa) sebulan secara serta merta.

Beliau berkata, bagi atlet yang tidak memenuhi kriteria pemilihan kemasukan program latihan sepenuh masa, MSN akan menghulurkan bantuan terus sekiranya mereka hadir menjalani latihan berfasa.

“Kenaikan semula kadar elaun tersebut sudah pasti akan menyemarakkan semangat barisan atlet dalam menampilkan prestasi terbaik pada Anjuran Sukan SEA seterusnya pada 12 hingga 13 Mei depan yang berlangsung di Hanoi, Vietnam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular