spot_img
HomeSemasaPembinaan pelabuhan baharu di Kudat diteruskan

Pembinaan pelabuhan baharu di Kudat diteruskan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan meneruskan rancangan pembinaan pelabuhan baharu di Kudat bagi meningkatkan ekonomi tempatan serta hasil dalam negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin berkata, walaupun rancangan itu tertangguh namun ia masih diteruskan, berikutan daerah itu terletak di lokasi yang strategik untuk pembangunan ekonomi berasaskan pelabuhan.

“Saya telah membincangkan perkara itu dengan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya berharap agar kerajaan persekutuan bersetuju dengan rancangan itu dan menyediakan peruntukan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah menyatakan optimis pelan itu mampu merangsang pembangunan setempat, termasuk Kota Marudu, Matunggong dan Pitas yang masih kekurangan kemudahan infrastruktur yang cekap.

“Sekiranya rancangan itu berjaya, saya optimis kawasan itu akan mengalami pembangunan yang pesat,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, perlaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo akan memudahkan lagi sistem perhubungan antara Kudat dengan bandar-bandar lain, khususnya Kota Kinabalu yang menjadi pemangkin kepada pembangunan Kudat dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, pelabuhan itu merupakan projek pembangunan inklusif yang mana kerajaan juga akan membina sebuah bandar baharu dan mewujudkan zon perdagangan khas yang mampu membantu ekonomi Sabah, sekali gus membangunkan kawasan sekitar Kudat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular