Petaling Jaya: Pencarum menangis dan merayu memohon kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 dari simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana keterdesakan keadaan yang dialami ekoran pandemic Covid-19.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkongsi melalui laman rasmi Instagram peribadinya berkenaan luahan seorang lelaki memohon pihak kerajaan agar memberi peluang sekali lagi kepada setiap pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi i-Citra.
“Saya ada banyak komitmen, dan disebabkan masalah Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu, saya dah lalui macam-macam masalah,”
“Nak tunggu hari tua, kita belum pasti lagi masih hidup nanti, duit itu duit saya, saya perlukan,” katanya.”
Menurutnya, pada masa yang dia turut harus menampung perbelanjaan anaknya di universiti dan amat memerlukan wang tersebut ketika ini.
Sementara itu, menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh Asyraf, beliau memaklumkan dirinya disapa oleh lelaki itu ketika singgah makan di sebuah restoran di Johor.
“Ketika singgah makan di sebuah restoran di Johor Bahru, saya disapa oleh seorang pemuda yang begitu emosional merintih betapa perlunya untuk mengeluarkan wang simpanannya di KWSP”
“Sememangnya di mana saya pergi, pasti ramai yang tegur dan meletakkan harapan tinggi untuk pihak kami terus memperjuangkan nasib mereka untuk disuarakan bahawa mereka amat-amat memerlukan RM10,000,” tambahnya lagi. -K Online