spot_img
HomeJenayahLima suspek baharu dikehendaki ESSCOM, jenayah rentas sempadan dan culik

Lima suspek baharu dikehendaki ESSCOM, jenayah rentas sempadan dan culik

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah mengeluarkan senarai nama baharu individu yang dikehendaki pasukan keselamatan bagi membantu siasatan kes jenayah rentas sempadan dan culik untuk tebusan (KFR), hari ini.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kejayaan ESSCOM menumpaskan sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) pada tahun lalu di negeri ini telah membawa kepada maklumat terbaharu berkenaan aktiviti mereka.

Menurut Hamzah, seramai 20 individu warga asing yang mempunyai hubungan dengan ASG berapa dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa untuk membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan KFR di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Difahamkan, seramai lima individu baharu telah dimasukkan dalam senarai iaitu Ahadin Hussein; Ellam Sajirin @ Nasirin dan Ismurah irah di mana ketiga-tiga ini disyaki berperanan sebagai “keepers” dan terlibat dalam kes penculikan di perairan tambisan.

Individu keempat, Madjid Said @ Ammah Pattit merupakan ketua di Daulah Islamiah (DI) Sulu Based yang juga berperanan sebagai komander ASG Sulu manakala individu kelima pula, Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang berperanan sebagai sub leader dan mahir dalam membuat bom.

Hamzah berkata, seramai 15 suspek lagi merupakan individu yang masih kekal dalam senarai sebelum ini.

“Seramai 15 suspek yang masih kekal dalam senarai iaitu Salip Mura, Al Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan @ Rasad, Marajan @ Manajan Asiri dan Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Jul @ Jun Hasan, Barak Undog @ Alvin, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Hadji Wahad @ Talip, Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, ESSCom akan memperhebatkan operasi-operasi khas untuk menjejak anasir-anasir berkenaan serta melancarkan operasi bersepadu laut dan darat bagi membanteras perkara-perkara yang tidak diingini di ESSZone dan penceroboh yang mengancam keamanan dan keselamatan di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu yang tersenarai dikehendaki untuk menghubungi Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181 atau menyalurkan maklumat melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular