spot_img
HomeDuniaLelaki diserang sawan ketika memancing mati lemas

Lelaki diserang sawan ketika memancing mati lemas

Denpasar: Seorang lelaki ditemukan mati di lombong ketika memancing dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh ke dalam lombong tersebut dan lemas.

Semasa kejadian, mangsa, Abdul Hamid, 30, pergi memancing di lombong tersebut sambil ditemani isterinya, Jumanten. Sementara menunggu suaminya memancing, wanita berusia 50 tahun itu mengambil kesempatan mencari sayuran di kawasan sekitar untuk dibawa pulang.

Namun, setengah jam kemudian ketika dia kembali ke lombong itu, Jumanten mendapati suaminya tiada dan segera bertanya kepada pengunjung lain jika mereka ada melihat suaminya.

Para pengunjung memaklumkan mereka tidak melihat kelibat Abdul Hamid sehinggalah Jumanten menemukan sebelah selipar milik suaminya di tepi lombong.

Sejurus itu, Jumanten kemudiannya pulang ke rumah meminta bantuan daripada jirannya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Selepas beberapa jam pencarian, akhirnya mayat Abdul Hamid ditemukan tersangkut pada ranting pokok di lombong berkenaan.

Ironinya, tambah Jumanten, suaminya sebelum ini pernah terjatuh di lombong yang sama, namun dia sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

“Penyakit sawannya sering muncul tiba-tiba tidak kira masa dan dia juga pernah jatuh di lombong sama sebelum ini,” ulas Jumanten. -Utusan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular