KENINGAU : Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah,Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkata beliau yakin Ko-Nelayan mampu mengorak langkah positif dan terus berusaha untuk mencapai matlamat utama yang telah dirancang.
Beliau berkata semasa merasmikan Majlis Apresiasi Ko-Nelayan di Sabah Inernational Covention Centre (SICC) semalam.
Menurut Jeffrey,perlu diingatkan bahawa bagi mencapai matlamat organisasi bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai, akan tetapi ianya bukan juga sesuatu yang mustahil untuk diperolehi sekiranya keluarga Ko-Nelayan terus bekerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan,” tambahnya.
“Kemampuan Ko-Nelayan membantu memperbaiki ekonomi dan sosial masyarakat nelayan terbukti dalam penyaluran peruntukan kepada kumpulan sasar melalui projek pembangunan negeri,” tambahnya.
Jeffrey berkata di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya, antara lain strategi pembangunan adalah meningkatkan produktiviti melalui pemodenan sektor, pemantapan pengurusan sumber perikanan tangkapan yang mapan dan inisatif mewujudkan Zon Industri Akuakultur atau ZIA bagi pembangunan industri akuakultur di Sabah.
“Meskipun dalam suasana SOP pandemik Covid-19, Ko-Nelayan kekal berjaya melaksanakan projek-projek yang mampu menjana pendapatan,” tambahnya.
“Ko-Nelayan telah mencapai 81.81% daripada sasaran 18 inisiatif Ko-Nelayan dalam Halatuju Sabah Maju Jaya pada tahun 2021,” tambahnya lagi.
Jeffrey berkata bagi meningkatkan lagi prestasi, saya mengambil kesempatan ini menyeru seluruh keluarga Ko-Nelayan agar menjadikan penambahbaikan berterusan serta pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya hidup.