spot_img
HomeDuniaPemberian vaksin COVID 19 kepada kanak-kanak 5-11 tahun di Britain

Pemberian vaksin COVID 19 kepada kanak-kanak 5-11 tahun di Britain

LONDON: Memetik laporan Perkhidmatan Kesihatan Negara, Britain mengumumkan akan mula menawarkan vaksinasi kepada kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun yang paling berisiko terdedah kepada Covid 19 dan pemberian vaksin bermula pada minggu ini.

Melihat secara keseluruhan, Britain merupakan negara yang lebih perlahan daripada beberapa negara lain dalam menawarkan suntikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, dalam pada itu pihak kesihatan juga tidak merancang untuk memberi vaksin kepada kumpulan umur dengan lebih meluas seperti Amerika Syarikat dan Israel.

NHS England berkata, kanak-kanak dalam kumpulan yang berisiko klinikal atau yang tinggal bersama seseorang yang mengalami imunosupresi akan mendapat suntikan vaksin pertama, selaras dengan nasihat yang dikeluarkan pada bulan lalu oleh Jawatankuasa Bersama Vaksin dan Imunisasi (JCVI).

Menteri vaksin United Kingdom, Maggie Throup berkata, selepas pemberian vaksin ini, ibu bapa dan penjaga perlu diberi jaminan bahawa tiada lagi vaksin baharu untuk kanak-kanak akan diluluskan melainkan bersesuaian dengan piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diharapkan.

“Saya menggesa seramai mungkin para ibu bapa atau penjaga untuk memastikan anak mereka mendapat suntikan apabila dihubungi nanti,” jelasnya lagi.

Kanak-kanak akan ditawarkan dua dos 10 mikrogram suntikan Pfizer-BioNTech, yang bersamaan dengan satu pertiga daripada dos golongan dewasa.

Melihat kepada laporan terkini, jumlah kes positif sangat tinggi dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan Pejabat Statistik Kebangsaan menganggarkan bahawa hampir 12 peratus murid sekolah yang lebih muda disahkan positif Covid 19. Dengan itu, suntikan vaksin kepada golongan kanak-kanak amat digalakkan agar rekod positif yang dicatatkan dapat dikawal sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular