spot_img
HomeUncategorizedDua pelajar cemas kenderaan hampir terjunam ke dalam laut

Dua pelajar cemas kenderaan hampir terjunam ke dalam laut

KOTA KINABALU: Dua pelajar cemas apabila kenderaan yang dinaiki terbabas ke tebing batu dan hampir terjunam ke dalam laut di Jalan Tun Fuad Stephen, Tanjung Lipat.

Kejadian berlaku pada jam 1:30 tengah hari melibatkan pemandu lelaki dan penumpang perempuan yang masing-masing berusia 19 tahun.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, siasatan mendapati kenderaan yang dipandu dari pusat raya menuju ke Likas adalah kereta jenis Toyota Camry.

Katanya, pemandu yang memandu di Lorong kanan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

Jo Ak Hang berkata, kedua-dua penumpang yang dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dimaklumkan oleh doktor tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kereta yang dipandu lelaki terbabit awalnya termasuk ke parit di bahu kiri jalan sebelum terjatuh ke kawasan tebing laut sehingga menyebabkan kenderaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan bawah kenderaan.

“Siasatan masih diteruskan sehingga pukul 5 petang tadi dan pemandu belum membuat laporan polis,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular