spot_img
HomeUncategorizedPembatalan permit Institut Memandu (IM) hanya pandangan peribadi - Wee Ka Siong

Pembatalan permit Institut Memandu (IM) hanya pandangan peribadi – Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Isu berkenaan pembatalan permit institut memandu (IM) dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang memiliki rekod ramai pemegang lesen di bawah institut berkenaan yang terjebak dengan kemalangan jalan raya hanyalah pandangan peribadi Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bukan dibawah polisi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MOT tidak menunding jari secara melulu terhadap pihak tertentu berdasarkan andaian semata-mata mahupun hipotesis yang tidak berasas.

“Kajian terperinci juga melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan pandangan serta cadangan penambahbaikan.

Menurut beliau, sebarang hala tuju dasar atau cadangan penambahbaikan sudah tentu dikaji secara holistik dan saintifik terlebih dahulu oleh MOT, dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keberkesanannya dalam mencapai objektif yang ditetapkan.

“MOT bersama agensi-agensi di bawahnya akan meneruskan aktiviti advokasi dan pengangkutan sedia ada bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pematuhan kepada peraturan jalan raya dan aspek keselamatan jalan raya di seluruh negara.

“MOT juga akan serius dan komited dalam memastikan jalan raya kekal selamat untuk digunakan oleh semua pihak,” katanya dalam satu sidang media.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular