spot_img
HomeDuniaRayan disahkan meninggal dunia

Rayan disahkan meninggal dunia

MAGHRIBI: Kanak-kanak lima tahun, Rayan Awram terperangkap dalam sebuah perigi berhampiran bandar Chefchaouen sejak Selasa disahkan meninggal dunia sebelum berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.

Rayan terjatuh pada kedalaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlakunya tanah runtuh.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan Istana Diraja Maghribi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa selepas mengalihkan sebahagian besar lereng bukit dengan teliti, semalam.

– Foto AFP

Susulan kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa Rayan Oram, Raja Maghribi, Raja Mohammed VI menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Menerusi rakaman kamera yang diturunkan ke dalam perigi pada khamis lalu menunjukkan Rayan masih hidup dan sedar, tetapi tiada maklumat terkini mengenai keadaannya sejak itu.

Sementara itu, tanda pagar #SaveRayan di media sosial mendapat perhatian seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular