spot_img
HomeSemasaSeorang lelaki hilang dalam perjalanan beli barang dapur, di Sungai Lingkabau, Sugut

Seorang lelaki hilang dalam perjalanan beli barang dapur, di Sungai Lingkabau, Sugut

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dengan menaiki perahu untuk membeli barang dapur di Kampung Salan, Sugut, pada Jumaat.

Mangsa Gontawas Ellang, 69, dikatakan telah keluar dari rumahnya untuk pergi Kampung Salan dengan menaiki perahunya, bertujuan untuk membeli barang keperluan rumahnya.

Isteri mangsa, Awotok Bari, 57, berkata suaminya belum pulang ke rumah dan keluar seorang diri untuk membeli barang-barang keperluan dapur di Kedai Runcit di Kampung Salan.

Jarak perjalanan menaiki perahu dari Kampung Panindakan ke Kampung Salan, lebih kurang 45 minit hingga 1 jam perjalanan ketika melalui Sungai Lingkabau, Sugut, kerana keadaan sungai berjeram, berbatu-batu serta banyak batang kayu besar.

Sungai Lingkabau satu-satunya jalan perhubungan yang digunakan oleh penduduk kampung dari Kampung Panindakan untuk keluar membeli barang-barang keperluan.

Hasaharil Halim, Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Panindakan, telah keluar mencari mangsa bersama dengan beberapa orang Kampung Panindakan.

Setelah usaha mencari lebih kurang 2 KM dari rumah mangsa, mereka hanya menjumpai perahu serta enjin milik mangsa, yang terkandas pada batu besar dijeram Sungai Lingkabau.

Kini, usaha mencari mangsa masih giat dijalankan dengan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM ) unit Paitan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular