SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan apabila dua orang nelayan yang disahkan hilang di perairan Bohey Dulang ketika menangkap ikan pada Isnin masih belum dikesan.
Dua nelayan yang hilang adalah Wleson@Jukno, 30 tahun dan Osman Palik, 28 tahun ketika gagal dihubungi kira-kira 12.40 tengah hari Isnin.
Pengarah Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, misi pencarian SAR ditangguhkan pada jam6 petang semalam kerana mereka gagal menemui sebarang petanda mengenai kehilangan nelayan tersebut.
“Hari ketiga pencarian diteruskan seawal jam 7 pagi hari ini dengan pembahagian lima bot dari pelbagai agensi termasuk APMM, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan kekuatan 27 anggota dan pegawai.
Kawasan pencarian turut dibahagikan kepada enam sektor dengan keluasan diperluaskan kepada 102 batu nautika persegi.