spot_img
HomeUncategorizedKerajaan pertimbang pendatang di Sabah dapat kad warga asing

Kerajaan pertimbang pendatang di Sabah dapat kad warga asing

PUTRAJAYA: Kerajaan Sabah minta pertimbangan beri kad warga asing kepada pendatang yang telah lama tinggal di negeri tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, hari ini dia dan pegawai Sabah bersetuju bahawa setiap orang yang tinggal di Sabah perlu mempunyai dokumen sah atau kad warga asing.

“Kad warga asing bukan sahaja membolehkah mereka bekerja di Malaysia secara sah bahkan anak mereka juga mudah mendapatkan akses perkhidmataan sosial seperti pendidikan.

Menurut beliau, masalah yang berlaku di Sabah adalah sebahagian warga asing yang tinggal di Sabah adalah warga asing yang sudah bertapak selama 30 tahun iaitu sekitar dua atau tiga generasi.

“Jika kita mahu menghantar mereka pulang ke negara asal, mereka tidak akan ingat keluarga dan kampung asal mereka,” tambahnya lagi selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah.

“Apa yang penting adalah ‘keberadaan’ setiap individu yang tinggal di negara ini di mana mereka perlu memiliki dokumen sah atau indentiti agar pihak kerajaan mengetahuinya.

Menurut beliau, cadangan beri kad warga asing adalah cadangan yang baik kerana punca kuasa yang ada ialah punca kuasa oleh Kementerian Dalam Negeri dan kita boleh mengeluarkan kad warga asing kepada mereka.

Hamzah berkata cadangan daripada kerajaan Sabah itu telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Kerajaan Dalam Negeri (KDN).

“Dalam masa tiga bulan lagi, saya akan mengumumkan mengenai jumlah warga asing di Sabah yang akan menerima kad warga asing tersebut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular