spot_img
HomeUncategorizedDua lelaki ditahan bawa 200 kotak minuman keras tanpa cukai

Dua lelaki ditahan bawa 200 kotak minuman keras tanpa cukai

BELURAN: Dua lelaki tempatan ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran kerana memiliki lebih daripada 200 kotak minuman keras tidak bercukai di Jalan Nangoh-Paitan.

Menurut Komander Briged PGA Sabah, Abdul Rani Alias minuman keras Netherlands tanpa cukai diseludup menggunakan sebuah van.

Katanya, kesemua minuman keras yang dirampas adalah berjumlah RM58, 278 selepas cukai manakala jumlah keseluruhan berdasarkan harga pasaran terkini termasuk van yang dirampas adalah dianggarkan bernilai RM138, 278.

Abdul Rani berkata, kedua-dua suspek yang berusia 31 tahun dan berasal dari daerah keningau tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular