spot_img
HomeJenayahPengedar daun ketum ditahan di Ranau

Pengedar daun ketum ditahan di Ranau

RANAU: Seorang lelaki tempatan yang giat melakukan kegiatan pengedaran daun ketum telah ditahan oleh pasukan polis dari Unit Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, pihak IPD Ranau telah berjaya membongkar kegiatan pengedaran daun ketum tersebut yang menggunakan perkhidmatan pos laju.

“Suspek lelaki tempatan yang berusia 22 tahun tersebut telah ditahan sekitar jam 9.30 malam, 1 Mac, di kawasan Lapang Perhentian Teksi Pekan Ranau oleh sepasukan polis Unit Cawangan Khas IPD Ranau.

“Siasatan lanjut turut mendapati empat kotak barangan kiriman yang berisi daun ketum segar dengan anggaran seberat 15.2 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Simiun Lomudin turut menegaskan bahawa pengambilan cecair ketum adalah suatu kesalahan mengikut Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Saya turut menegaskan dan mengingatkan kepada setiap individu yang sering membuat tempahan daun ketum segar yang menggunakan perkhidmatan pos untuk segera berhenti dari menjalankan aktiviti tidak bermoral ini.

“Para pengusaha penghantar barang atau “runner” perlulah lebih berwaspada sewaktu menerima tempahan daripada pelanggan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa keadaan ketika membawa barangan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Suspek ditahan, manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1962.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular