spot_img
HomeSemasaKKM sedia kaji kebaikan ganja

KKM sedia kaji kebaikan ganja

KUALA LUMPUR: Merujuk kepada luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial tentang kebaikan ganja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memberi galakan kepada industri atau ahli akademik untuk menjalankan kerjasama dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini KKM belum menerima sebarang laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘cannabidiol’ iaitu antara kandungan aktif dalam pokok kanabis untuk tujuan perubatan.

“Memandangkan kebelakangan ini banyak perbincangan mengenai penggunaan ganja dalam bidang perubatan, dengan itu KKM mengalu-alukan pakar tertentu untuk melakukan kajian klinikal tentang penggunaan CBD dalam perubatan untuk membuktikan keberkesanannya,” katanya.

Khairy berkata, kerjasama membabitkan industri atau ahli akademik itu boleh diselaraskan dengan Institut Penyelidikan Klinikal dan Clinical Research Malaysia (CRM) yang diwujudkan KKM sejak tahun 2012.

“Setakat ini, hanya banyak luahan minat, ceramah dan advokasi dalam media sosial tentang kebaikan ganja. KKM yang konsisten dalam mengamalkan dasar berasaskan bukti
mengalu-alukan penyelidikan terbabit dimulakan industri atau ahli akademik dan KKM sedia bekerjasama,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular