spot_img
HomeJenayahSamseng laut dicekup, dua bot laju dirampas

Samseng laut dicekup, dua bot laju dirampas

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin Semporna (PPM) telah berjaya membanteras jenayah samseng di laut yang membabitkan bukan warganegara petang kelmarin.

Menurut maklumat, PPM Semporna bertindak pantas dalam membanteras jenayah itu berikutan video viral di media sosial.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna DSP Mohamad Bin Ismail berkata, pihaknya telah berjaya menangkap samseng di laut yang melakukan jenayah menakutkan masyarakat maritim dan melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan negara.

Hasil penahanan dan tangkapan dua buah bot laju menggunakan kuasa kuda 40hp yang dijuragani 2 orang lelaki dewasa berumur 28 dan 30 tahun.

Mereka juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna dan kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggari undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular