spot_img
HomeSemasaKTS tawar biasiswa pelajar Sabah sempena sambutan ulang tahun ke-60

KTS tawar biasiswa pelajar Sabah sempena sambutan ulang tahun ke-60

Kota Kinabalu: KTS Resources Sdn Bhd menawarkan biasiswa kepada pelajar Sabah yang layak sebagai salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sempena sambutan ulang tahun ke-60 KTS.

Dimaklumkan, semua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 layak memohon biasiswa itu.

Biasiswa itu juga merangkumi pelajar lepasan STPM yang telah mendaftar dalam mana-mana program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti serta lepasan SPM yang sudah menerima tawaran melanjutkan pengajian secara profesional di mana-mana kolej mahupun institusi pengajian tinggi.

Kolej atau institusi pengajian tinggi dan kursus tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Bagi pemegang sijil STPM, mereka mesti mendapat sekurang-kurangnya Purata Mata Gred Terkumpul (PMGT) 3.0, manakala pemegang sijil SPM mesti memperoleh sekurang-kurangnya 4A.

Selain itu, pemohon mesti memperolehi sekurang-kurangnya B untuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan sama ada dengan mengimbas kod QR untuk memuat turun borang permohonan atau melalui e-mel kepada ktseduscholarship@gmail.com.

Susulan itu, Borang yang lengkap diisi perlu dihantar melalui e-mel bersama dokumen-dokumen diperlukan ke ktseduscholarship@gmail.com.

Permohonan ditutup 30 hari selepas keputusan STPM 2022 dan SPM 2022 diumumkan. -Utusan

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular