spot_img
HomeJenayahLelaki ditahan, miliki senjata buatan sendiri

Lelaki ditahan, miliki senjata buatan sendiri

TAWAU: Seorang lelaki telah ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IDP) Tawau kerana memiliki senjata disyaki buatan sendiri, di Kampung Sungai Imam, Tawau, hari ini.

Menurut laporan, suspek yang dikatakan marah kerana salah faham dengan teguran, suspek bertindak mendatangi mangsa sambil membawa selaras senjata “bekakok” buatan sendiri.

Susulan kejadian itu, sepasukan polis dari IPD Tawau dari Balai Polis Bombalai bergerak membuat serbuan di rumah setempat di Kampung Sungai Imam bagi mengesan suspek setelah menerima laporan.

Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun gagal setelah berlakunya pergelutan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas rumah suspek telah menemukan selaras senjata buatan sendiri, serta beberapa peralatan manakala suspek didapati merupakan warga asing yang masuk dan tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Suspek dan barang rampas dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut, manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/62.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular