KOTA KINABALU: Konvensyen EMRAZ 2022 akan berlangsung di Hotel Zenith Putrajaya, dihadiri semua kakitangan dan ejen umrah di seluruh negara, termasuk negeri Sabah dan Sarawak.
Konvensyen pada 16-19 Jun 2022 berlangsung selama 4 hari 3 malam ini, sarat dengan program input menarik yang bakal disajikan kepada peserta yang hadir.
“Kami dari Tawau beberapa orang akan bergerak pada esok pagi menaiki Malaysia Airlines. Memang tidak sabar hadir ke Konvensyen EMRAZ, setelah tiga tahun kami tidak berkumpul disebabkan Covid-19 melanda negara”
“Konvensyen ini memberi semangat baru kepada kami untuk terus berkhidmat menyantuni bakal jemaah-jemaah umrah di Sabah khasnya, dalam menunaikan umrah” kata Selfie Pandu, Umrah Konsultan Emraz Travel Tawau.

Setakat hari ini, 10 cawangan EMRAZ di seluruh negara dan bakal dibuka di beberapa cawangan seluruh Malaysia. Hampir 500 wakil jualan Emraz Travel di seluruh negara yang bakal menyantuni 30,000 ribu orang jemaah umrah yang akan diterbangkan untuk musim 1444H.
Menurut Siti Nur Aliah Mohd Ekram, Perunding Umrah daerah Miri Sarawak, Konvensyen EMRAZ 2022 ini sangat dinantikan oleh kakitangan dan ejen EMRAZ seluruh Malaysia.
“Pelbagai Latihan dan input program berguna untuk kakitangan dan ejen, bagi penambah baik perkhidmatan yang ditawarkan untuk para bakal Jemaah umrah seluruh Malaysia”
“Kami harapkan EMRAZ terus menjadi Peneraju Pakej Umrah Terbaik di Malaysia. Semoga Konvensyen ini berjalan dengan jayanya” katanya.