spot_img
HomeSukanKejohanan Bawah 16 Tahun, pilih pemain terbaik ke Piala Dunia Ramaja

Kejohanan Bawah 16 Tahun, pilih pemain terbaik ke Piala Dunia Ramaja

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menggunakan Kejohanan Bawah 16 Tahun Kebangsaan bagi meninjau pemain berpotensi, dengan mengambil kira Piala Dunia Remaja lelaki.

Pertandingan yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil akan menarik sebanyak 27 pasukan yang terdiri daripada kategori lelaki dan perempuan.

Pengerusi jawatankuasa pertandingan MHC Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata, MHC akan berusaha untuk meningkatkan program pembangunan mereka yang banyak terjejas akibat Covid-19 dan usaha yang mereka akan lakukan adalah mencari bakat baharu.

Piala Dunia Remaja lelaki akan dihoskan oleh Malaysia manakala Chile akan menjadi tuan rumah edisi wanita tahun depan.

“Kejohanan Bawah 16 tahun akan menyediakan ruang untuk meluaskan pangkalan bakat kami dan kami mungkin boleh mendapatkan pemain berpotensi untuk Piala Dunia Remaja tahun depan dan edisi akan datang,” katanya.

“Kami juga mahu negeri seperti Sabah, Sarawak, Perlis dan Kelantan, yang tidak mempunyai banyak peluang tetapi mempunyai ramai pemain berbakat menggunakan kejohanan itu untuk menarik perhatian pemilih negara.” tambahnya lagi.

Sebanyak 27 pasukan, kecuali Kedah dalam kategori lelaki, akan bersaing dalam kejohanan yang melibatkan pemain dari Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu bagi kumpulan A manakala dalam kumpulan B melibatkan Selangor, Johor, Melaka, Sabah, Negri Sembilan, Perlis, Sarawak.

Bagi kategori perempuan negeri yang akan bertanding dalam kumpulan A adalah Penang, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang, Kelantan, Perlis manakala dalam kumpulan B adalah Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor, Melaka, Perak, Sarawak, Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular