spot_img
HomeSemasaTambang Feri Labuan ke Sabah Dinaikkan

Tambang Feri Labuan ke Sabah Dinaikkan

KOTA KINABALU: Merujuk kepada perkara yang dimaklumkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Labuan Holdings Sdn Bhd selaku Pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan, para penumpang feri dari Labuan ke Menumbok, Sabah bakal menghadapi kenaikan harga tambang daripada RM 13 kepada RM 15 bermula 15 Jun 2022 ini.

“Semakan semula harga tambang dari Labuan ke Menumbok sudah terlalu lama tidak dilaksanakan. Dengan itu, setelah melakukan penyemakan semula, harga tambang baharu yang ditetapkan adalah berjumlah RM15,” katanya.

Pihak pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan juga menambah bahawa kadar tambang tersebut sudah diluluskan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah pada tahun 2017. Kadar yang telah diluluskan itu sebenarnya sudah boleh dikuatkuasakan pada tahun itu, namun telah ditangguhkan.

Kenaikan ini juga bukanlah atas sebab kos bahan mentah yang semakin naik, tetapi lebih kepada usaha penyeragaman harga tambang di antara kedua-dua laluan.

Harga tambang yang dibayar pengembara hanyalah 50% daripada harga sebenar. Syarikat pengurusan juga memberitahu bahawa pengembara selama ini menikmati faedah penggunaan terminal dan surcaj secara percuma meskipun kerja-kerja pendaftaran penumpang dilakukan sendiri oleh syarikat berkenaan.

Tambahan pula, harga yang dibayar oleh penumpang pada masa ini hanyalah merangkumi 50% daripada harga sebenar. Hal ini kerana tambang feri Labuan-Sabah ini sebenarnya dibiayai oleh subsidi kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular