spot_img
HomeSukanNasib berbeza Aaron-Wooi Yik, Izzuddin-Sze Fei

Nasib berbeza Aaron-Wooi Yik, Izzuddin-Sze Fei

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yakin mampu mengatasi pasangan Belanda, Ruben Jille dan Ties Van Der Lecq pada aksi pusingan kedua sekaligus melayakkan diri menempah tempat ke suku akhir Terbuka Indonesia, esok.

Terdahulu, pilihan kelima kejohanan itu mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 terbaik selepas menewaskan pasangan berpengalaman Korea Selatan, iaitu Kim Gi Jung dan Kim Sa Rang dengan perolehan mata 21-18, 11-21, 21-11 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Istora Senayan, hari ini.

Jille dan Der Lecq pula mara selepas menyingkirkan pasangan Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov dengan mata 18-21, 21-17, 21-15.

Aaron dan Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 menang ke atas Jille dan Der Lecq dalam satu-satunya perlawanan antara mereka ketika Terbuka Denmark, tahun lalu.

“Ini adalah peluang untuk kami melayakkan diri ke suku akhir. Kami akan bertemu salah satu daripada dua beregu Eropah. Sebelum ini, kami pernah bertemu Jille dan Der Lecq sekali dan kami yakin mampu bermain dengan baik.
Cuma, kami berharap tidak banyak kesilapan yang dilakukan seperti mana yang berlaku dalam perlawanan hari ini iaitu ketika menentang Gi Jung dan Sa Rang,”kata Wooi Yik.

Sementara itu, pada minggu peminat telah menyaksikan Aaron tersingkir di suku akhir Masters Indonesia, manakala beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei yang tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Fajar Alfian dan Muhamad Rian Ardianto dengan mata 19-21, 14-21.

Dalam saingan beregu campuran, pertembungan dua wakil negara menyaksikan Chen Tang Jie dan Valeree Siow mengatasi mengatasi Choong Hon Jian dan Peck Yen Wei 21-17, 21-14 dan untuk mara ke pusingan kedua mereka akan berdepan pasangan tuan rumah, iaitu Praveen Jordan dan Melati Daeva Oktavianti, esok.

Kegembiraan satu lagi buat Malaysia apabila beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See mahu menebus kekecewaan selepas terpaksa menarik diri di pusingan kedua Masters Indonesia akibat keracunan makanan menerusi kemenangan ke atas pasangan England, iaitu Marcus Ellis dan Lauren Smith dengan perolehan 21-15, 21-16.

Bagaimanapun, tugas berat menanti mereka apabila dijadual menentang pasangan nombor empat dunia dari China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping bagi perebutan tempat ke kelompok lapan terbaik.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren yang terpaksa akur apabila tersingkir susulan tewas di tangan pemain Hong Kong, iaitu Lee Cheuk Yiu 19-21, 18-21.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular