KUALA LUMPUR: TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2022 akan bermula pada 13 Julai hingga 28 Ogos 2022 bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
29 pasukan lelaki dan 15 pasukan perempuan akan merebut kejuaraan bagi musim ini termasuk Juara dan Naib Juara Divisyen dua (2021), MSNS/ SHA Sabah dan Kedah Eagle Jr.
Dato Sri Dr Anil Sandhu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM berkata suatu petanda baik dan membuka masa depan yang cerah dengan memberi peluang di kalangan anak-anak muda beraksi di kejohanan ini.
Anil juga menyeruh kepada semua Jurulatih di setiap negeri untuk terus mencungkil bakat anak muda dalam meneraju legasi Hoki Malaysia masa akan datang.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang mengambil bahagian dalam kejohonan kali ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Menurut Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), edisi tahun lalu menyaksikan tiada kategori perempuan dipertandingkan dan untuk musim 2022, 15 pasukan perempuan akan berentap bagi merebut kejuaraan.