spot_img
HomeJenayahMencuri, pemuda dipenjara sehari serta denda RM2,500

Mencuri, pemuda dipenjara sehari serta denda RM2,500

SIBU: Seorang pemuda lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, atas pertuduhan mencuri, hari ini.

Tertuduh, Alexson Alex, 21 dituduh mencuri 11 gulung wayar besi bersama seorang juvana berusia 16 tahun di sebuah premis di Lorong Intan 20 sekitar jam 11 pagi, pada 21 julai 2022.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar denda tersebut dan diperintah menjalani tambahan hukuman penjara selama tiga bulan.

Kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama atas kesalahan berkenaan.

Seksyen 380 ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun berserta denda bagi kesalahan pertama.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebatan di bawah seksyen tersebut.

Susulan itu, Mahkamah telah menetapkan 1 September ini bagi mendengar semula kes terhadap pesalah juvana terbabit sementara menunggu laporan akhlak. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular