spot_img
HomeSukanSemangat bermain, naikkan nama Hoki Sabah - Anil Sandhu

Semangat bermain, naikkan nama Hoki Sabah – Anil Sandhu

KUALA LUMPUR: Presiden Hoki Sabah, Dato Sri Anil Sandhu bertemu pemain, jurulatih dan pengurus pasukan di Hotel Kuala Lumpur semalam, memberi kata-kata semangat untuk skuad Sabah dalam menghadapi perlawanan TNB Malaysia Junior Hockey League 2022.

Kejohanan Liga Hoki Remaja ini bermula pada 13 Julai hingga 28 Ogos 2022 dengan 29 pasukan lelaki dan 15 pasukan wanita merebut kejuaraan pada musim 2022.

Pada perlawanan pada ahad, pasukan Hoki Sabah Berjaya menewaskan MBPJ Black Widow, 1-0.

“Tiada lain yang saya harapkan sebagai Presiden Hoki Sabah melainkan kemenangan dan pencapaian yang baik daripada semua pemain dari semasa ke semasa”

“Kerana kalianlah yang boleh menaikkan nama Hoki Sabah,” katanya.

Tambah Anil, pada tahun lalu SHA Sabah di divison dua  dan menjadi juara. Manakala tahun 2022, pasukan Sabah bermain division satu. Pencapaian ini sangat membanggakan bagi Persatuan Hoki Sabah.

Dato Sri Anil Sandhu, Presiden Hoki Sabah memberi semangat kepada pemain sebelum berlepas ke Johor.

“Harapan saya untuk pasukan Sabah di Kejohanan TNB Liga Remaja Malaysia 2022, bermain dengan baik dan terus berjaya”

Anil yang juga, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berharap pasukan remaja Hoki Sabah terus konsisten dengan kemenangan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular