spot_img
HomeDuniaPuluhan pelarian hilang selepas bot PATI karam di Greece

Puluhan pelarian hilang selepas bot PATI karam di Greece

ATHENS: Operasi besar-besaran untuk mencari dan menyelamat mangsa pelarian yang hilang akibat bot getah karam dijalankan di luar pulau Greek, Folegandros, hari ini.

Menurut pengawal pantai Greece, 12 mangsa termasuk kanak-kanak berjaya diselamatkan, namun jumlah PATI yang berada dalam bot berkenaan masih belum dikenalpasti.

Bagaimanapun, terdapat laporan mengenai angka keseluruhan yang menyatakan bahawa bilangan PATI yang menaiki bot tersebut mungkin dalam sekitar 32 orang.

Daripada laporan mangsa yang lain pula berkata mangsa yang terlibat membabitkan 50 orang.

“Empat kapal pengawal pantai, dua helikopter tentera laut dan udara, pesawat pengangkutan tentera, lima kapal berhampiran serta tiga kapal persendirian menyertai operasi SAR itu” jelas pengawal tersebut.

Operasi pencarian mangsa bermula lewat malam selepas pengawal pantai menerima maklumat mengenai kapal yang membawa PATI menghadapi masalah dan mula mengambil air di selatan pulau itu.

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan adalah tujuh warga Iraq, tiga warga Syria dan dua warga Mesir. Mangsa terbabit kemudian dipindahkan ke hospital di pulau Santorini.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dalam usaha untuk menyelamatkan keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular