spot_img
HomeJenayahPolis tahan dua lagi suspek kes buli di asrama

Polis tahan dua lagi suspek kes buli di asrama

Petaling jaya : Dua lagi pelajar melibatkan insiden buli di sebuah sekolah berasarama penuh di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan dua remaja itu menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan adalah seramai enam orang setakat ini.

Beliau berkata, kedua pelajar tersebut dengan sendirinya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, ditemani oleh penjaga masing-masing.

Kedua pelajar berkenaan yang turut merupakan suspek utama kejadian buli terhadap pelajar lain tersebut, diminta memberi keterangan lanjut berkait insiden sebelum ditahan bersama pelajar lainnya.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 10 saat, memaparkan sekumpulan pelajar mengambil giliran untuk menumbuk serta menendang seorang pelajar lain berlatar kan bilik asrama sekolah.

Dilaporkan pengetua sekolah berkenaan telah membuat laporan polis berkait kes buli berikutan penyebaran video terbabit yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen khususnya.

Terdahulu Mior Farid menyatakan, kertas siasatan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular