spot_img
HomeJenayahAnggota tentera darat bakal diberhentikan serta-merta jika disyaki terlibat jenayah buli

Anggota tentera darat bakal diberhentikan serta-merta jika disyaki terlibat jenayah buli

Port Dickson : Mana-mana anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang terlibat dan didapati bersalah melakukan jenayah buli serta menganiaya anggota lain diperingatkan akan diberhentikan serta-merta.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain betegas akan mengambil tindakan terhadap anggota yang terlibat dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang. Tatasusila sebagai seorang anggota tentera.

“Saya mengetahui perkara itu berikutan adiknya dibuli melalui aplikasi WhatsApp, maklumat itu sampai pada saya. Bagaimanapun, saya hanya boleh bertindak apabila dapat butir-butir terperinci, pengadu tidak menjelaskan adiknya di unit mana untuk kami menjalankan siasatan”

“Sekiranya ada mana-mana anggota tentera darat yang menganiaya atau membuli anggota-anggota dan kami menjalankan siasatan ternyata mereka bersalah, anggota yang terlibat boleh diberhentikan serta-merta secepat mungkin”

“Perkara ini tidak perlu dirujuk di Mahkamah Tentera dan akan diberhentikan secara pentadbiran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Galeri Panglima Tentera Darat (PTD) di Bangunan Markas Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), dekat sini hari ini.

Terdahulu, Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar mesej seorang individu yang dimuat naik, mendakwa adiknya iaitu seorang anggota tentera yang tinggal dalam kem bujang dipukul dan dibuli sekumpulan anggota (tentera) senior.

Menerusi mesej itu, individu berkenaan turut mendakwa gaji dan wang simpanan adiknya habis kerana terpaksa membeli barangan keperluan untuk 12 hingga 14 anggota senior di kem tersebut.

Dilaporkan mangsa juga dikatakan takut untuk membuat aduan kepada pihak atasan kerana kes seperti itu sebelum ini hanya dikenakan hukuman kawat selama 45 minit sahaja.- Utusan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular