spot_img
HomeJenayahTerjun laut elak dicekup, lelaki jalankan pengeboman ikan di Semporna

Terjun laut elak dicekup, lelaki jalankan pengeboman ikan di Semporna

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menahan sebuah perahu dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penangkapan ikan mengunakan bahan letupan di Laut Pulau Selakan, Semporna, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata pasukannya menemukan kegiatan tesebut ketika sedang menjalankan pemantauan di sekitar kawasan Laut Pulau Selakan, Semporna dikirakan pada jam 4 petang semalam.

“Semasa menghampiri perahu berkenaan dan mengenalkan diri sebagai pegawai polis, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut perahu ke kawasan air cetek seterusnya bertindak terjun dan melarikan diri ke Pulau Selakan”

Pemeriksaan lanjutan ke atas perahu berkait mendapati hasil ikan pelbagai jenis dan beberapa peralatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan yang dianggarkan bernilai sebanyak RM8,700.00.

“Rampasan tersebut diserah kepada Jabatan Perikanan Semporna dan kes bakal disiasat dibawah Akta Perikanan 1985” katanya.

Pasukan Polis Marin W4 Sabah mengalu-alukan komuniti maritim khususnya untuk menyalurkan maklumat atau pun mana-mana kegiatan menyalahi undang-undang ke talian 24 jam atau boleh berhubung terus ke Pusat Komunikasi PPM Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular