spot_img
HomeJenayahTangkapan dan rampasan dadah di Keningau

Tangkapan dan rampasan dadah di Keningau

KENINGAU – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Keningau telah berjaya menahan 2 lelaki warga tempatan dan 2 lagi lelaki warga asing susulan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Menurut PDRM Keningau, tangkapan telah dilakukan di tiga lokasi berasingan yang berada di sekitar daerah Keningau dan Tambunan.

Hasil siasatan menemukan dadah seberat 6.25gram jenis Methamphetamine turut dirampas semasa tangkapan dilakukan di lokasi kejadian seterusnya suspek ditahan bagi menjalankan siasatan dan tindakan lanjut.

Susulan itu, PDRM Keningau meminta orang ramai untuk terus membantu pihak berkuasa dalam memberikan sebarang maklumat yang berkaitan dengan pengedaran dadah terutama di daerah Keningau, Tambunan, Nabawan dan Sook.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular