spot_img
HomeJenayahDua suspek pengedar syabu diberkas di Sandakan

Dua suspek pengedar syabu diberkas di Sandakan

SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sandakan berjaya memberkas dua lelaki warga tempatan di Stesen Pam Minyak Shell Batu 9, sekitar 10.30 pagi, semalam.

Kedua suspek yang ditahan diperkirakan berumur 45 dan 36 tahun.

Menurut laporan, ketika pemeriksaan sedang dilakukan terhadap kereta yang dinaiki oleh kedua suspek, pihak polis telah menemukan bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis Methaphetamine dengan anggaran seberat 1039.43 gram yang nilainya mencecah sehingga RM36,000.

Hasil saringan yang dilakukan terhadap kedua suspek mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

“Ketika ditahan, kedua suspek cuba melawan dan melarikan diri sehingga berlakunya pergelutan, sebelum pihak polis berjaya menjatuhkan dan memberkas mereka berdua.

Suspek kini ditahan, manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular