MADRID: Seramai lima orang warga emas dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan warga emas di timur Sepanyol, awal pagi tadi.
Kebakaran dikatakan bermula pada tengah malam dan enam jentera bomba segera dikerahkan untuk memadam kebakaran yang berlaku.
“Difahamkan terdapat lima orang warga emas maut manakala 11 orang lagi dibawa ke hospital untuk rawatan segera,” katanya.
Tindakan segera anggota bomba berjaya menyelamatkan 25 lagi penghuni lain daripada kebakaran itu manakala 70 lagi penghuni lain sempat dikeluarkan daripada premis berkenaan.
Media tempatan menemui saksi yang menyaksikan kejadian tersebut menyatakan bagaimana petugas pusat jagaan itu bersama anggota bomba dan pegawai polis dalam menyelamatkan warga emas melalui satu daripada tangga bangunan dua tingkat itu.
Menurut akhbar tempatan pula, siasatan awal menunjukkan kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas dalam unit oksigen.