spot_img
HomeJenayahSuami tikam isteri enggan beri wang beli dadah

Suami tikam isteri enggan beri wang beli dadah

Lahad datu: Seorang suami sanggup menikam isterinya menggunakan alat gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek dipercayai berang kerana isterinya (mangsa) enggan memberikannya wang.

“Suspek berumur 25 tahun dalam keadaan marah bertindak menikam mangsa menggunakan gunting kerana tidak diberikan wang untuk mendapatkan bekalan dadah”

Dilaporkan selepas kejadian mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Desa Kencana dan menerima tiga jahitan daripada kecederaan yang dialami.

“Suspek kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Desa Kencana pada keesokkan harinya jam 12.30 tengah hari untuk menyerah diri,” jelasnya.

Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.

Sementara itu, tambah Rohan, suspek bakal ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 10 tahun dengan denda ataupun disebat.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular