PAPAR: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar menahan 7 orang lelaki tempatan dalam satu serbuan tangkapan, petang tadi.
Berikutan itu, PDRM IPD Papar telah berjaya menahan kesemua suspek yang berumur diantara 20-an hingga 50-an itu yang terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di kawasan Kinarut.
Hasil siasatan ujian saringan awal, polis turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methapethamine.
Kesemua suspek ditahan, dan akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua orang daripadanya turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dengan jumlah rampasan seberat 0.56 gram dadah jenis Syabu.
DSP Batholomew Ak Umpit, Ketua Polis Daerah Papar menasihatkan orang ramai untuk memberikan sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah tersebut, dengan memaklumkan kepada pihak PDRM IPD Papar di talian 088-912222