KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki gagal mencuri wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) sebuah bank di Chendering, apabila mesin ATM berkenaan tidak berjaya dipecahkan.
Menurut laporan, suspek bertindak memasuki premis berkenaan sekitar jam 3.55 pagi dengan mengumpil pintu bank menggunakan alatan besi.

“Sebaik berjaya memasuki premis itu, lelaki berkenaan cuba untuk mengupil mesin sebuah ATM, namun gagal dan menyebabkan alat penggera yang dipasang berbunyi,”
“Suspek kemudian bertindak melarikan diri manakala polis yang telah menerima panggilan daripada pusat kawalan bank berkenaan bergegas ke lokasi kejadian.”
Susulan itu, pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan tindakan suspek yang cuba memecahkan mesin ATM di bank berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan, siasatan lanjut sedang dijalankan manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan. – Berita Harian