spot_img
HomeUncategorizedWARISAN mungkin letak calon di PRN Johor

WARISAN mungkin letak calon di PRN Johor

Tawau: Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, parti ini telah berkembang ke negeri-negeri yang terdapat di semenanjung, namun ia bukan atas tujuan mahukan kuasa di merata tempat, tetapi untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Saya melihat jika parti-parti yang berada di Semenanjung masih boleh bertanding di Sabah, kenapa WARISAN tidak boleh dipilih di sana,” katanya ketika merasmikan Pusat Komuniti ADUN Sri Tanjong dan sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut beliau, WARISAN masih membuat penelitian secara mendalam sama ada ingin meletakkan calon atau tidak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti kerana bertanding tujuannya bukan untuk kalah.

“Kita sedar bahawa PRN Johor sangat mencabar tetapi sekiranya keputusan sudah dibuat untuk WARISAN bertanding, kita akan meletakkan calon,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin pula telah menyatakan hasratnya untuk menyertai sebuah parti tempatan di negeri Sabah.

Beliau berkata, dia juga ingin meneliti dengan lebih lanjut untuk menyertai WARISAN dan akan mengumumkan dalam masa terdekat kerana menginginkan sebuah parti yang berlandaskan penyatuan dan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat di sini.

“Saya juga pernah menerima tawaran daripada WARISAN dan akan mengumumkan secara rasmi setelah saya membuat penelitian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular